Header Ads

Pesta Ria Sekolah Seni Malaysia Johor 2017

Pesta Ria Sekolah Seni Malaysia Johor 2017

Pesta Ria Sekolah Seni Malaysia Johor 2017


Pesta Ria SSeMJ merupakan satu majlis sambutan yang dirancang khas bagi tujuan melibatkan kerjasama dan jalinan pihak sekolah dengan institusi pendidikan dan komuniti luar khususnya Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK).

Program ini bertujuan untuk membangunkan kemenjadian murid selain melestari kecemerlangan Sekolah Seni Malaysia Johor sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Program ini dirancang menjadi sebahagian daripada usaha merealisasikan peranan asrama sebagai pusat kecemerlangan pendidikan khususnya Sekolah Berasrama Penuh, Ia seiring dengan hasrat kementerian bagi mengupaya kepimpinan dan kompetensi murid asrama dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan jayanya.



Seperkara lagi, ia menjadi platform terbaik bagi menguji tahap pengetahuan,kemahiran dan kecekapan serta tingkah laku murid dalam acara yang dipertandingkan.Pesta Ria ini turut menjadi wadah kepada penilaian aktiviti berlandaskan kepada koakademik, sukan, kesenian,kerohanian serta sahsiah terpuji yang dipamerkan oleh murid-murid.

Secara tidak langsung,Pesta Ria SseMJ dapat memupuk semangat keusahawanan atau ”entrepreneurship” dan amalan ”Blue Ocean Strategy” (BOS) disuburkan dalam kalangan murid sebagai pelengkap kepada pembelajaran pengurusan perniagaan, prinsip akaun dan pemerkasaan koperasi sekolah.

Tidak cukup dengan itu, anak-anak murid terus diasah dan digilap potensi mereka dalam bidang kesenian yang merupakan kebitaraan sekolah ini. Diharapkan dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, aktiviti-aktiviti sempena sambutan Pesta Ria SSeMJ yang merangkumi 3 tunjang utama itu dapat membina modal insan yang boleh memenuhi aspirasi dan ekspektasi ”stake holder”.

Antara aktiviti yang dirancang termasuklah pertandingan nasyid, khat, pidato, bola sepak, bola jaring dan memanah. Selain itu, turut diadakan pertandingan nyanyian solo, ”battle of the band”, bengkel catan cat air, ”art market”, persembahan tarian dan pementasan teater KOMSAS.

Manakala konsep usahawan muda yang berkonsepkan ”food truck” menjadi konsep pilihan urusniaga sempena Hari Keusahwanan dan Koperasi pada tahun ini.

Komitmen dan sokongan Pejabat Pendidikan Daerah, PIBG, KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa), Alumni dan lain-lain NGO sudah tentu dapat membantu merealisasikan apa yang dihasratkan.

ANJURAN BERSAMA 

Sekolah Seni Malaysia Johor , PIBG & Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang

TARIKH 

28 & 29 Oktober 2017 (Sabtu & Ahad) 






AKTIVITI YANG DIJALANKAN

  • Senam Ria 
  • Larian PIBG 
  • Perasmian Pesta Ria 
  • Sesi Serlahan Seni 

    • - Sesi ujibakat untuk pemilihan murid ke Tingkatan Satu 2018 yang dijalankan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM.
    • - Terbuka Kepada Murid Tahun 6 negeri Johor (KPM).
    • - Surat tawaran untuk ke sesi Serlahan Seni dikeluarkan oleh pihak JPN Johor.






______________________________________________________________________

AKTIVITI /PERTANDINGAN SEMPENA PESTA RIA SSEMJ 2017 


TARIKH : 28 OKTOBER 2017 ( SABTU ) 


AKTIVITI

KATEGORI

Bilangan peserta

Lokasi Pertandingan
Senam Ria
-
Terbuka kepada semua pengunjung
Dataran Seni
Larian PIBG
-
Terbuka kepada semua pengunjung
Dewan Terbuka
Perasmian Pesta Ria
-
-
Dewan Terbuka
Sesi Serlahan Seni
Sekolah Rendah
Terbuka Kepada Murid negeri Johor (KPM)
Studio 
Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah
Sekolah Menengah
120 (8 pasukan x15 orang)
Padang SSeMJ
Pertandingan Bola Jaring
Sekolah Menengah
80 (8 pasukan x 10 orang)
Dataran Serbaguna
Pertandingan Memanah
& Permainan Memanah
-
Terbuka kepada guru-guru Daerah Pasir Gudang (=20 orang guru)
Padang Sasar Memanah 
”Art Market”
-
Terbuka kepada semua pengunjung
Dewan Terbuka
Pertandingan 
”Battle of The Band”  (peringkat saringan-pagi )
Sekolah Menengah
 (10 kumpulan x 5 orang )
Dewan Terbuka
Pertandingan ”Battle of The Band” 
 (peringkat akhir-petang)
Sekolah Menengah
 ( 5 kumpulan x 5 orang )
Dewan Terbuka
Pertandingan Zapin Johor
Sekolah Rendah
Terbuka kepada semua Sekolah Rendah
Auditorium & Studio Tari 1
 ____________________________________________________________________

TARIKH : 29 OKTOBER 2017 ( AHAD )


Aktiviti

Kategori

Bilangan peserta

Lokasi Pertandingan
Pertandingan Nasyid Sekolah Menengah
Lelaki dan Perempuan SM
1 kumpulan lelaki (9 orang) 
1 kumpulan perempuan (9 orang)
Dewan Terbuka SSeMJ
Pertandingan Menulis Khat Sekolah Menengah
Terbuka SM
20 orang (1 orang setiap sekolah)
Surau Al-Hakim
Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris Sekolah Menengah (Student Leaders Board)
Terbuka  
(Ting. 3 - 5 )
20 orang (1 orang setiap sekolah)
Bilik Orkestra
Majlis Penutupan Rasmi
-
-
Auditorium 
Bengkel Catan Cat Air 
Sekolah Menengah
30 orang (2 orang setiap sekolah)

Bengkel Cetakan
Pertandingan Nyanyian Solo (peringkat saringan)
Sekolah Rendah & Menengah
Terhad kepada 10 orang peserta terawal bagi setiap kategori 
(10 x2 =20 orang)
Orkestra
Pertandingan Nyanyian Solo (peringkat akhir-petang)
Sekolah Rendah & Menengah
5 peserta akhir sekolah rendah &
5 peserta akhir sekolah menengah
(5 x 2 =10 orang)
Orkestra 
Persembahan Teater KOMSAS 
Murid SSeMJ
36 sekolah x 10 orang murid 
(penonton dikenakan bayaran tiket sebanyak RM5 seorang)
Auditorium SSeMJ 
”Art Market”
-
Terbuka kepada semua pengunjung
Dewan Terbuka

No comments