Header Ads

Pertandingan Seni Khat Pesta Ria SSeMJ

Pertandingan Seni Khat Pesta Ria SSeMJ


SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN SENI KHAT



Pertandingan Seni Khat ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

2.  Kaedah pertandingan :

2.1  Peserta pertandingan dikehendaki menulis teks yang disediakan seperti maklumat berikut :

PESERTA
TEKS
JENIS KHAT
Lelaki
Bebas
Thuluth/Nasakh
Perempuan
Bebas
Thuluth/Nasakh

2.2     Semua peserta dikehendaki menulis di kertas yang disediakan oleh   penganjur.

2.3      Peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan menulis khat yang bersesuaian.

2.4     Peserta dikehendaki menulis khat mengikut soalan yang disediakan semasa pertandingan.

2.5      Para peserta boleh menggunakan daya kreativiti masing-masing dalam rekacipta kaedah persembahan tulisannya tanpa menampal, meniru atau menyalin semula mana-mana bahan yang dibawa dari luar.

2.6  Masa pertandingan 1 jam 30 minit (90 minit).

3              Pemarkahan


3.1     Bentuk Seni Khat (Keaslian)                 -           40         markah
3.2     Susunan Huruf                                      -           20         markah
3.3     Kebersihan dan kekemasan                  -           20         markah
3.4     Hiasan Tepi                                            -           15         markah
3.5     Bonus                                                       -           5          markah


                                      JUMLAH                    -           100       MARKAH


No comments