Header Ads

Pertandingan Nyanyian Solo dan Battle of The Band

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO DAN BATTLE OF THE BAND (BOTB) SEMPENA PESTA RIA 10 TAHUN SSeMJ 2017

batte of the bands
photo by: Umich.edu

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

DAN BATTLE OF THE BAND (BOTB)SEMPENA PESTA RIA 10 TAHUN SSeMJ 2017



1.      MATLAMAT

Mendedahkan potensi seni budaya antara murid di sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negeri Johor kepada masyarakat umum.


2.      OBJEKTIF

2.0     Menggalakkan serta menarik minat murid mengenali asas nyanyian dan permainan alat muzik
2.1     Menggalakkan murid bergiat aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
2.2     Membentuk peribadi dan sahsiah holistik dalam diri murid-murid melalui penyertaan pertandingan kesenian.

3.      PERTANDINGAN

3.0     Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Nyanyian Solodan Battle Of The Band (BOTB).
3.1     Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti murid dalam nyanyian dan permainan alat muzik.

4.      PENYERTAAN

4.0     Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah menengah di DAERAH PASIR GUDANG DAN JOHOR (keterangan lanjut, dibawah).
4.1     Setiap sekolah dibenarkan menghantar seberapa ramai peserta untuk setiap kategori bagi menyertai pertandingan ini.
4.2     Pertandingan ini adalah bersifat individu bagi Nyanyian Solo dan berkumpulan bagi BOTB.


Download Syarat-syarat dan Borang Pertandingan Nyanyian Solo dan Battle of The Band


No comments