Header Ads

Pertandingan Bolajaring Pestaria SSeMJ 2017

Pertandingan Bolajaring Pestaria SSeMJ 2017



Pertandingan Bolajaring Pestaria SSeMJ 2017

Pertandingan bolajaring sempena Pestaria SSeMJ akan dijalankan mengikut ketatapan berikut.

Tarikh

a) Tarikh : 28 Oktober 2017 (Sabtu)
b) Masa : 8.00 pagi
c) Tempat : Dataran Seni SSeMJ


 Yuran Pertandingan

a) RM50 bagi satu pasukan (Bayaran secara tunai sahaja)


Syarat-syarat Kelayakan Pemain

a) Setiap sekolah hanya dibenarkan untuk menghantar satu pasukan sahaja.
b) Setiap sekolah hendaklah mendaftarkan pemain daripada kalangan murid (perempuan)
yang berumur 13 hingga 17 tahun sahaja.

Pendaftaran pemain

a) Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftar nama senarai pemain tidak melebihi 10 orang
pemain, seorang pengurus dan seorang jurulatih.
b) Hanya pemain yang didaftarkan sahaja dibenarkan bermain.
c) Seorang pemain hanya dibenarkan didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.
d) Satu senarai nama pemain yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak penganjur
selewat-lewatnya 10 Oktober 2017 (beserta salinan kad pengenalan).
e) Sebarang perubahan senarai nama pemain dibenarkan sebelum perlawanan pertama
bagi setiap pasukan.
f) Setiap pengurus pasukan perlu menyerahkan surat kebenaran ibubapa/penjaga bagi
setiap pemain menyertai pertandingan ini.
g) Segala kecederaan pemain dibawah tanggungjawab pemain sendiri.

Download Syarat-syarat dan Borang Pertandingan Pertandingan Bolajaring Pestaria SSeMJ  di Bawah


No comments